Thursday, July 05, 2012

Ke Arah Double The Pleasure Ride


IMG_0043
Khamis, 05 Julai 2012
 
Sebelum event bermula, 3 jejaka membawa sepeda merabat Bukit Kelubi yang hutannya sudah dinoda  oleh manusia dengan rakus. Kalau dahulu semasa kami mula-mula menyelinap dicelah-celah lurahnya sambil teraba-raba mencari denai yang indah(sekitar akhir 2009) masih banyak lagi ‘rimbunan’ hutan-hutan renek di sekitar denainya. Kini hampir seluruh tubuhnya sudah hampir diratah, bagaikan ladang, buminya disemai dengan benih-benih baru (anak getah laa). Tubuhnya yang ternoda dek tangan manusia itu kini semakin merebak, jalan-jalan baru semakin luas terkangkang, namun dek kerana lama tak bermain sedap pula ‘menghindik’ di sini. Dengan FS sebagai barua, lantas laluannya kami perlakukan dengan ganas, becak-becak air sedikit membantutkan permainan namun kami tetap sampai ke kemuncaknya. Ya Double Pleasure dengan 2 bukit, triple action dari 3 jejaka dan mendapat multiple orgasm dilaluannya. Ya memang penat bermain kerana perlu berpeluh-peluh dengan mengayuh dan menolak naik 3 km sebelum mencapai nikmat DH 3km jua.
 
Alhamdulillah, laluan menarik cantik dan memang Dabooom.. Mai lah menikmati Double Pleasure Ride
 
 
Sedikit nasihat….
1. Sila bawa air yang banyak
2. Jangan makan sebelum mendaki, sila bawa bekai dan kita ‘menyorok’ di atas
3. Nilaikan kemampuan diri anda, jangan tergoda dan teruja dengan cantik liang liuk denai ini
4. Pastikan gerek menjadi barua anda dan dalam keadaan sempurna kondisinya.
5. FS dan AMT akan mendapat nikmat berganda-ganda tetapi HT pun seronok gak tapi ‘kureeng’ lerrrr sikit
 
IMG_0046
Tudia .. kecurunannya
IMG_0048
Moto naik selamber jer ..inikan gerek
IMG_0051
Tudia dok tunjuk laluan-laluan yang bakal diteroka
IMG_0055
Ada beberapa laluan yang boleh keliru
IMG_0057
Mamat ni, mmmm semedang dok SMS
IMG_0068
Fuyooooo ..cam Cameroon Highland plak
IMG_0071
Alamak pondok ni dah jadi lagu lain pulak
IMG_0075
Tang ni DH memang sempoi gila ..jangan brek, kena ada kena kelajuan , kalau slow boleh jatuh pasai batu-batu dok terbungkin
IMG_0083
Eyahhhh kona..lean!
IMG_0084
Wann bawa basikal DH … sedarpppp ke dia laaaa di trek ni
 
 

No comments:

Post a Comment